top of page
  • muinsapidin

7,000 Meriahkan Hari Terbuka, Jogathon PPD Kinta Utara

IPOH: Lebih 7,000 pengunjung memeriahkan Hari Terbuka dan Jogathon Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kinta Utara yang berlangsung di pekarangan pejabat itu di sini, baru-baru ini.

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kinta Utara, Hasni Hasshim berkata, program itu merupakan peluang bagi pegawai pendidikan dan orang ramai beramah mesra dan meluangkan masa daripada tugas kebiasaan sebelum ini.

Menurut beliau, program yang melibatkan 20 gerai pameran agensi korporat dan kerajaan itu turut membabitkan warga pendidik sekitar daerah, ibubapa dan orang ramai.

"Sebelum ini PPD Kinta Utara hanya dikenali sebagai pusat pertukaran guru dan pengurusan murid sahaja dan tidak ramai yang mengetahui tugas lain yang diamanahkan kepada kami untuk memacu kejayaan pendidikan di negeri ini.

"Justeru itu, kami yakin bahawa program ini merupakan langkah efektif untuk kami menyampaikan keperluan, strategi perlaksanaan serta perubahan corak pendidikan kepada orang ramai dalam kaedah yang bersifat komuniti dan lebih kreatif," katanya kepada Suara Perak pada Rabu.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Hasni berkata, pihaknya tidak menyangka program tersebut mendapat sambutan hangat kerana ia diadakan pada hujung minggu sewaktu orang ramai sedang menghabiskan masa bersama keluarga.

Bagaimanapun, kata beliau, sokongan seumpama itu sangat yang diperlukan oleh pihaknya, khususnya mewujudkan kerjasama positif antara pendidik dan masyarakat setempat.

"Kita juga membuka ruang bagi ibubapa dan peniaga kecil untuk melakukan perniagaan kecil-kecilan seperti menjual makanan dan minuman dengan mengutamakan konsep membeli sambil menderma," ujarnya.

Hasni memberitahu, antara pengisian lain program seharian itu ialah pertandingan futsal, bola jaring dan olahraga yang telah menonjolkan bakat-bakat terpendam golongan pendidik dan pelajar.

Beliau menambah, pihak Pusat Kerjaya Amanjaya (PeKA) turut mengadakan temuduga terbuka kerjaya di samping memberi peluang buat para belia untuk mendapatkan informasi semasa mengenai kekosongan jawatan sekitar negeri ini.


67 views0 comments

Recent Posts

See All

222 Graduan TIC Diraikan Pada Konvokesyen Kali Ke-6

IPOH: Seramai 222 graduan Taj Internasional College (TIC) yang menamatkan pengajian mereka pada peringkat sijik dan diploma, diraikan dalam majlis konvokesyen kali ke-6 kolej itu di Pusat Konvensyen A

bottom of page