D' Hussein Permata Sari Bakery Produk Anak-Anak Istimewa
SELAMA: D'Hussein Permata Sari Bakery kini menjadi produk utama buat Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SMK Dato' Haji Hussein, Selama.
Berbekalkan kek cawan sebagai produk jualan, projek bakeri PPKI ini mampu meningkatkan kepelbagaian kemahiran kepada murid bekeperluan khas.

Menurut Yang DiPertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli, PPKI SMK Dato' Haji Hussein telah menerima sumbangan daripada Yayasan Perak untuk mewujudkan sebuah bakeri.
"BAIDURI berhasrat untuk memastikan penambahbaikan infrastruktur bilik bakeri PPKI berada dalam keadaan baik dan teratur.
"Kepakaran dan pengalaman anggota komuniti dalam bidang bakeri amat dialukan untuk membantu mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar pendidikan khas," katanya.
Saripah berkata demikian di Majlis Perasmian D'Hussein Permata Sari Bakery, SMK Dato' Haji Hussein, Selama pada Jumaat.
Sementara itu, Penyelaras PPKI berkenaan, Mohamad Fadzimi Drahaman menjelaskan permintaan terhadap produk bakeri itu mendapat respon positif dari masyarakat setempat.
"Kami masih lagi dalam proses meningkatkan produktiviti keluaran, termasuk perbaiki apa yang patut dari segi perisa dan sebagainya.
"Buat masa ini sudah ada tempahan, tapi hanya di peringkat dalaman sekolah disebabkan masih baru, kalau boleh kami mahu pasarkan ia lebih meluas bukan saja di Selama tapi juga di Perak," kata Fadzimi.
Terdapat 19 orang murid ditempatkan di sini, di mana 10 orang dikategorikan Kurang Upaya Intelek, 4 orang Autisme dan selebihnya Down Syondrome serta Inklusif Penuh.
Antara variasi perisa yang diketengahkan menerusi kek cawan termasuk blueberry, coklat, oreo, oren dan strawberry.
Anggaran harga jualan di antara RM1.50 dan RM2, bergantung kepada jenis perisa atau permintaan daripada pelanggan.
DSC_0229 DSC_0228 DSC_0227 DSC_0226 DSC_0225 DSC_0224 DSC_0223 DSC_0222 DSC_0221 DSC_0220 DSC_0219 DSC_0218 DSC_0217 DSC_0216 DSC_0215 DSC_0214 DSC_0212 DSC_0211 DSC_0210 DSC_0209



Comments