IPOH: Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) akan menganjurkan tiga program serentak pada 20 dan 21 Ogos ini dalam usaha untuk memeriahkan lagi bandaraya Ipoh dan PORT sendiri, di samping memberi ruang peniaga menambah pendapatan.
Tiga program itu ialah Garden Of Colours Festival, Pasar Boco dan Garden Market. Boco.
Program Garden Of Colour Festival adalah anjuran PORT dengan kerjasama sebuah syarikat tempatan, Summer’s Dream yang buat pertama kali menampil jualan bazar melibatkan pelbagai kaum – Melayu, Cina dan India.
Jurucakap Summer’s Dream, Agnes Lim berkata, pihaknya menyediakan pelbagai aktiviti seperti penjualan makanan, pakaian dan bunga-bungaan di samping persembahan tarian serta filem komidi terkenal.
Sementara itu, jurucakap PORT, Nursolehah Adnan memberitahu, buat pertama kalinya, Pasar Boco yang di Kuala Lumpur dan Selangor setiap tahun sejak 2008, akan diadakan di PORT.
Menurutnya, keutamaan diberikan kepada para peniaga bahan bacaan, seni dank raft, selain makanan dan minuman.
“Selain pasar, pentas sederhana juga disediakan untuk persembahan puisi, muzik akuistik, pelancaran buku, diskusi pengarang dan sebagainya,” katanya dalam sidang media di sini pada Jumaat.
Nursolehah berkata, Garden Market pula acara tetap setiap hujung minggu di PORT yang dimulakan sejak minggu lalu.