top of page
muinsapidin

Tiket Perak lwn Sarawak Dijual Pagi Ini


ORANG ramai khususnya penyokong bola sepak Perak yang terlepas peluang untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan aksi Piala FA, Perak berdepan Sarawak malam ini masih berpeluang untuk mendapatkan tiket berkenaan di kaunter-kaunter tiket Stadium Perak mulai 9 pagi hari ini.

Antara kaunter yang dibuka adalah kaunter tiket pentas utama (grandstand), pintu B, pintu D dan pintu E.

Harga tiket masih seperti biasa iaitu untuk pentas utama, RM25 bagi dewasa dan RM12 (kanak-kanak), sementara bagi tempat duduk terbuka (teres), harga tiket adalah RM12 bagi dewasa dan RM5 (kanak-kanak).

Orang ramai juga dinasihati untuk datang lebih awal bagi mendapatkan tiket-tiket berkenaan bagi mengelakkan kesesakan.


19 views0 comments
bottom of page