top of page
  • muinsapidin

Dua Pemain JDT Sertai Perak

IPOH: Dua pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Jasazrin Jamaludin dan Nazrin Nawi bakal memperkuatkan Perak dalam saingan Liga Malaysia (LM) musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata, kedua-dua pemain berkenaan sudah pun mendapat pelepasan dari pasukan lama mereka itu.

"Mereka kini bebas menyertai Perak dan dijangka memulakan latihan bersama pasukan Isnin ini," katanya di sini, pada Sabtu seperti yang dilaporkan BH Online.

Mengulas lanjut, Abdul Puhat berkata, beberapa pemain terkenal juga kini berada dalam radar Perak dan usaha mendapatkan mereka sedang dijalankan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pemain berkenaan.

Pada masa sama, ujarnya, Perak dalam proses memeterai ikatan dengan pemain FELDA United FC, Idris Ahmad.

Selain itu, dua pemain DRB Hicom dan bekas penjaga gol Pulau Pinang sedang menjalani latihan bersama smkuad Bos Gaurus bermula sejak Isnin lalu.

Perak mengekalkan khidmat 14 pemain skuad 2016 termasuk pemain import, Thiago Junio Aquino bagi menghadapi saingan musim depan.


311 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page