top of page
  • muinsapidin

Perak Namakan 14 Pemain Baharu Musim 2017

IPOH: Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) menamakan 14 pemain baharu yang akan memperkuatkan pasukan The Bos Gaurus bagi mencapai sasaran sekurang-kurangnya satu piala pada musim 2017.

Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan bagaimanapun, berkata, masih terdapat dua lagi kekosongan yang belum diisi setakat ini di samping seorang kouta import yang akan dinamakan selepas Krismas.

Menurut beliau, Jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang telahpun mengenal pasti pemain import itu yang dikatakan bermain di liga Jerman.

Beliau memberitahu, pemain terbaharu yang ditandatangani kontrak ialah bekas penyerang JDT II, Mohd Zaquan Adha Abd Razak.

Selain Mohd Zaquan, Perak turut menandatangani kontrak dengan dua bekas pemain JDT – Jaszrin Jamaludin (midfield) dan Mohd Nazrin Mohd Nawi (sayap kiri).

Tiga bekas pemain Selangor turut sah milik The Bos Gaurus ialah Mohd Shahrom Abdul Kalam (pertahanan), Mohd Hafiz Kamal (midfield) dan Abdul Hadi Yahya (penyerang).

Lain-lain pemain ialah Khairul Amri Salehuddin (penjaga gol), Idris Ahmad (pertahanan), Ibrahim Aziz (pertahanan kanan), bekas pemain Melaka United, Yashir Armando Pinto Islame (penyerang), Nizab Ayub (penyerang), K. Sathiya (pertahanan), Wan Mohd Syukri (midfield) dan Vladislav Mirchaev (penyerang).

“Untuk dua lagi kekosongan, kita akan membuat penilaian dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas Kongres Tahunan Ke – 58 PAFA di Hotel Casuarina @ Meru di sini pada Rabu.

Abdul Puhat berkata, dengan barisan pemain senior yang pernah beraksi dengan pasukan JDT dan Selangor, PAFA meletakkan sasaran untuk memenangi sekurang-kurangnya satu piala pada musim 2017.

Di samping itu, kata beliau, PAFA juga mensasarkan Perak menduduki sekurang-kurangan tangga ketiga di dalam Liga Super.


610 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page