top of page
muinsapidin

Weigang Berang Ditipu Awang Import

IPOH: Jurulatih Perak, Karl Heinz Weigang dikatakan kecewa dengan tindakan seorang pemain importnya yang mungkir janji apabila meninggalkan skuad Bos Gaurus untuk berpindah ke negara lain.

"Segala-galanya sudah dipersetujui tetapi bila tiba masanya dia mungkir janji. Saya sungguh kecewa dengan sikap sebegini," katanya seperti yang dilaporkan BH Online.

Menurut Weigang, ini kali kedua dia terbabit dalam urusan mencari pemain untuk Perak.

Kali pertama dia berjaya membawa Laszlo Repasi dan Janos Krecska pada 1998.

Berikutan itu Weigang berkata, dia akan meneruskan usaha mencari awang import yang sesuai dalam usaha untuk memperkuatkan Perak.

Setakat ini Bos Gaurus mengekalkan khidmat Thiago Junio Aquino dari skuad musim 2016 dan mencari pengganti Elias Fernandes, Oybek Kilichev dan Xevahir Sukaj.

Begitupun jurulatih dari Jerman itu tidak menekan butang panik kerana masih ada masa mencari awang import yang sesuai untuk Perak.


71 views0 comments
bottom of page