top of page
  • muinsapidin

Banyak Manfaat Pra Sekolah

IPOH - Setiap tahun, apabila bermulanya sesi persekolah baharu, sudah menjadi kebiasaan bagi ibubapa untuk menemani anak-anak ke sekolah, terutama murid pra sekolah dan tahun satu kerana beranggapan bahawa anak-anak memerlukan perhatian mereka.

Namun bagi kebanyakan murid pra sekolah dan tahun satu Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) di Perak, ibu bapa tidak perlu memikirkan semua itu lagi kerana anak-anak mereka sudah boleh berdikari dan mempunyai semangat baru untuk ke sekolah.

Menurut Penasihat Menteri Besar, Dato’ V. Elango, senario baru itu wujud kerana ibu bapa di kalangan masyarakat India di negeri ini telah mendidik dan menyemai semangat berdikari anak-anak mereka sejak mula menduduki pra sekolah lagi.

“Jika sebelum ini, mereka terpaksa menunggu di luar bilik darjah tetapi hari ini budaya itu sudah berubah dan mereka hanya menghantar anak ke sekolah dan terus pulang untuk membuat kerja masing-masing,” katanya selepas mengadakan lawatan ke SJK (T) Kerajaan Sungai Pari dan SJK (T) Sangeetha Sabah, di sini baru-baru ini. Isnin.

Sementara itu, beberapa ibu bapa yang ditemui berkata, mereka kini tidak perlu bimbang dan hanya perlu datang membawa anak mereka ke sekolah dan membayar yuran sebelum pulang membuat kerja seharian.

Seorang kakitangan firma guaman, R. Jeyaseelan, 44, dia kini tidak mempunyai masalah untuk menghantar anak bongsunya memasuki tahun satu di SJK (T) Kerajaan Sungai Pari kerana anaknya sudah boleh berdikari setelah mendapat pendidikan pra sekolah.

“Sudah dua tahun anak saya mendapat pendidikan pra sekolah, hari ini dia sudah boleh berdikari dan bercampur gaul dengan rakan-rakan kelasnya dalam suasana ceria,” ujarnya.

Seorang suri rumah, M. Jagathiswary, 31, berkata, dia kini tidak perlu tunggu lama kerana anaknya sudah boleh berdikari untuk memasuki kelas tahun satu dengan semangat baru.

Bagi seorang guru, R. Bhavani, 44 pula berkata, dia amat mementingkan pendidikan pra sekolah dalam menyemai semangat berdikari dalam diri anaknya.

“Menerusi pendidikan pra sekolah, anak saya lebih yakin dan dapat membiasakan dirinya dalam kelas, selain ceria bercampur gaul dengan rakan-rakan baru,” katanya.


19 views0 comments
bottom of page