top of page
muinsapidin

Maut Harrier Bertembung Lori

BIDOR: Seorang lelaki maut manakala tiga yang lain cedera selepas kenderaan jenis Toyota Harrier dinaiki terbabit kemalangan dengan sebuah lori 10 tan membawa muatan daging sejuk beku di kilometer 353.5 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Bidor, pagi ini (Khamis).

Dalam kejadian jam 5 pagi itu, mangsa berusia 30-an maut di tempat kejadian manakala tiga yang lain termasuk pemandu kenderaan pelbagai guna itu cedera.

Difahamkan, pemandu dan kelindan lori turut mengalami kecederaan dan semua mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bidor, Mohd Nadzir Abdul Razak berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.12 pagi sebelum sebuah jentera dengan enam anggota bergegas ke lokasi.

Menurutnya, sebaik tiba di tempat kejadian, anggota mendapati kesemua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam dan tiada mangsa yang tersepit.

"Pasukan perubatan yang tiba mengesahkan seorang mangsa lelaki berusia 30-an maut sebelum mayat mangsa diserahkan kepada polis dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

"Semua mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk menerima rawatan dan anggota membuat kerja-kerja pemantauan di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan jam 7 pagi," ujarnya.


27 views0 comments
bottom of page