top of page
  • muinsapidin

Bomba Tangkap Ular Lima Meter

MANJUNG: Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Tawar dekat sini berjaya menangkap seekor ular sawa sepanjang lima meter di dalam sebuah reban ayam di Kampung Colombia, di sini, pagi Khamis.

Ketua BBP Ayer Tawar, Pegawai Bomba Kanan I, Mohamad Azlan Mahayidin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam jam 11.06 pagi mengenai kejadian itu.

Menurut beliau, setibanya di lokasi kejadian, anggota bomba bertugas mendapati seekor ular sawa berlingkar di dalam sebuah reban ayam.

"Ular sawa itu dipercayai sudah memakan beberapa ekor ayam dan kita menggunakan pengepit ular dan berjaya menangkap ular itu dalam masa 10 minit," katanya ketika dihubungi.

Mohamad Azlan berkata, ular sawa itu kemudian dilepaskan di kawasan hutan berdekatan Jalan Pantai Remis dan operasi tamat jam 11.20 pagi.


19 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page