top of page
muinsapidin

Cemas Raksa Tertumpah Dalam Farmasi

GERIK: Pekerja sebuah farmasi cemas apabila berlaku tumpahan raksa dari termometer di tempat kerjanya di bandar ini, malam Selasa.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Gerik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 9.41 malam berhubung kejadian itu namun tidak membabitkan mangsa.

Menurutnya, anggota yang tiba di lokasi kejadian melakukan pengawasan di kawasan sekitar dan menjalankan pembersihan.

Beliau memberitahu, anggota melakukan pembersihan dengan menaburkan sulfur bagi membolehkan raksa berkenaan diserap sepenuhnya sulfur yang ditaburkan.

"Sulfur yang bercampur raksa berkenaan kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik khas dan lantai dibilas dengan pencuci peluntur," katanya.

Beliau berkata, selepas memastikan kawasan berkenaan bersih daripda raksa anggota terbabit melakukan pembersihan sekali lagi dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.06 malam.

Operasi diketuai Pegawai Bomba Razman Ariffin.


56 views0 comments
bottom of page