top of page
  • muinsapidin

Majlis Reunion Kembalikan Nostalgia 50 Veteran Skuad 64

BUKIT GANTANG: Selepas 26 tahun berpisah, hanya tangisan kegembiraan dan pelukan erat di kalangan veteran Skuad 64 Skot Siri 108 pelbagai Kor dan Unit Tentera Darat berjaya dizahirkan pada Majlis Reunion yang diadakan di PERASA Kem Bukit Gantang malam tadi.

Majlis Reunion selama dua hari itu yang bermula 23 Disember dan berakhir semalam menjadi acara terbaik bagi 50 veteran skuad berkenaan untuk menzahirkan perasaan masing-masing dan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama mereka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Majlis Reunion itu, Baharom Yusof, bermula daripada perbincangan menerusi grup aplikasi WhatsApp, Veteran Skuad 64 Skot Siri 108 berhasrat mengadakan pertemuan dengan rakan seperjuangan dan akhirnya berjaya direalisasi dengan penganjuran Majlis Reunion itu.

``Reunion ini merupakan perjumpaan kali kedua selepas perjumpaan kali pertama diadakan Melaka pada Jun lalu dengan turut disertai ahli keluarga masing-masing,’’ katanya.

Menurutnya, idea untuk mengadakan Reunion ini tercetus apabila wujud permintaan daripada rakan untuk bersemuka dengan teman lama.

``Ini merupakan kali kedua kita mengadakan pertemuan selepas masing-masing membawa diri selepas menamatkan perkhidmatan dengan pasukan keselamatan negara.

“Menerusi majlis ini, kami anggota veteran tentera berkesempatan bertukar cerita terbaru dan menjalinkan kembali hubungan persahabatan yang sudah lama terputus,’’ kata Baharom.

Majlis itu berakhir dengan pertandingan karaoke, cabutan bertuah dan penyampaian cenderahati kepada veteran yang hadir.


17 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page