top of page
  • muinsapidin

Dua Reban Ayam Terbakar, 67,000 Anak Ayam Hangus

SUNGAI SIPUT: Kira-kira 67,000 ekor anak ayam hangus apabila dua unit reban ayam di Jalan Trosor, Kampung Sungai Bendang, dekat sini musnah dijilat api malam Jumaat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput, Saiful Rizan Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada kira-kira 8.48 malam dan mengerahkan sepasukan anggota bomba ke lokasi kejadian.

Menurutnya, ketika sampai di lokasi, bomba mendapati dua reban ayam milik orang perseorangan itu, masing-masing seluas 50 x 400 meter telah 96 peratus terbakar. “Dengan bantuan 17 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, kebakaran berjaya dikawal pada kira-kira 9.30 malam, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, pada Sabtu. Saiful Rizan berkata, operasi pemadaman kebakaran tamat sepenuhnya pada kira-kira 2.27 pagi tadi dan nilai kerugian serta punca kebakaran masih dalam siasatan.


31 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page