top of page
  • muinsapidin

Jenazah Adik TPM Tiba Di Sungai Nipah

BAGAN DATOH: Jenazah adik Timbalan Perdana Menteri, Allahyarham Ahmad Dzufikri Hamidi tiba di kediaman keluarganya di Kampung Sungai Nipah Darat jam 11.30 pagi Jumaat.

Jenazah Allahyarham tiba dengan sebuah van dari Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju diiringi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid dan keluarga.

Jenazah Allahyarham yang juga adik bongsu Datuk Seri Zahid akan di sembahyangkan Masjid Al Falah sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah selepas solat Jumaat.

Allahyarham Ahmad Zulfikri meninggal dunia di Hospital Tentera Sultan Mizan Wangsa Maju Kuala Lumpur jam 11:30 malam tadi.

Sementara itu, majlis tahlil diadakan di Masjid Al Falah sementara menunggu jenazah di sembahyangkan.


49 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page