top of page
  • muinsapidin

Allahyarham Adik Bongsu TPM Selamat Dikebumikan

BAGAN DATOH: Jenazah adik bongsu Timbalan Perdana Menteri, allahyarham Ahmad Dzulfikri Hamidi selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Nipah, dekat sini selepas solat jumaat pada jam 3 petang tadi.

Antara yang hadir Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ahli keluarga, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan pemimpin masyarakat setempat.

Terdahulu jenazah allahyarham telah disembahyangkan di Masjid Al Falah.

Allahyarham Ahmad Dzulfikri meninggal dunia di Hospital Tentera Tuanku Mizan Wangsa Maju Kuala Lumpur jam 11:30 malam tadi.

Sementara itu abang allahyarham, Muhd Lokman Hamidi yang mewakili Timbalan Menteri dan keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir termasuk kakitangan dan pegawai Hospital Tentera Tuanku Mizan yang telah bertungkus lumus membantu menjaga adiknya dalam tempoh rawatan selama lebih enam bulan.


44 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page