top of page
muinsapidin

Datuk Kritikal Ditetak Perompak

Seorang lelaki berstatus datuk cedera parah selepas ditetak di rumahnya dalam satu kejadian samun bersenjata di Meru Heights, Ipoh pada petang Khamis. Difahamkan mangsa dikenali sebagai Datuk Mansor Ahmad dan kini dalam keadaan kritikal. Menurut jiran mangsa yang enggan dikenali, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu dia terdengar bunyi bising di rumah mangsa.

“Ketika itu saya di luar dan isteri saya yang memberitahu rumah sebelah bising dan minta saya menelefon datuk itu. “Saya telefon datuk tetapi isteri beliau yang angkat dan minta saya tolong, pulang dengan segera dan datang rumah datuk. “Bila saya sampai rumah, polis telah pun berada di pekarangan rumah tersebut,” katanya ketika ditemui. Difahamkan mangsa ketika ini sedang dirawat di Hospital Tuanku Permaisuri Bainun.‎ Menurut sumber polis kini sedang memburu enam suspek berusia 25 hingga 30 tahun yang dipercayai terlibat dalam kes berkenaan.

Katanya lagi, kumpulan sama terlibat dalam tujuh kes samun bersenjata di Kajang, Rawang, Tapah, Gopeng, Slim River dan Ipoh. Tambahnya, selepas satu jam kejadian samun di rumah datuk berkenaan kumpulan sama terlibat dengan kes samun di Taiping.

Seorang lagi jiran yang dikenali dengan nama Jasmine, 50an, berkata dia dan isteri sedang bersiap untuk keluar rumah apabila ternampak lima hingga enam lelaki bermotosikal dengan bersenjatakan parang memasuki rumah mangsa.

Katanya anak perempuan dan cucu mangsa berada dalam rumah ketika kejadian tetapi tidak dicederakan.

"Saya difahamkan mangsa dan isteri dicederakan," katanya.


340 views0 comments
bottom of page