top of page
muinsapidin

Bapa, Anak Saudara Temui Ajal Bersama

KAMPAR - Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan membaitkan dua kenderaan di Kilometer 24, Jalan Ipoh - Kuala Lumpur berhampiran Gua Tempurung pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Perak, Superintendan Wan Jamil Wan Chik berkata, kejadian jam 10 pagi itu telah mengorbankan Asaya Abdul Rahim, 50 dan anak saudaranya, Muhammad Amirul Mukminin Mohamad Suhaimi, 16.

“Kemalangan berlaku ketika motosikal jenis Yamaha LC yang ditungang kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh telah bertembung Toyota Hilux yang hilang kawalan setelah dirempuh sebuah lori dari arah belakang.

“Siasatan awal mendapati kenderaan Hilux itu sedang berhenti di tempat kejadian untuk membelok ke kanan apabila ia tiba-tiba dirempuh lori tanpa muatan itu dari belakang menyebabkan Hilux itu hilang kawalan.

"Akibat hentaman itu, kenderaan Hilux berkenaan terdorong ke hadapan ke arah bertentangan dan bertembung dengan motosikal mangsa," katanya.

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa membawa Hilux dibawa ke Hospital Kampar untuk menerima rawatan, katanya.


173 views0 comments
bottom of page