top of page
  • muinsapidin

TIC Terus Mengorak Langkah, Lancar Kampus Tadika

IPOH: TAJ International College (TIC) sekali lagi merintis inisiatif keusahawanan berteraskan pendidikan (Edu-preneur) dengan pelancaran TIC Kids’ Campus yang bertujuan untuk menaiktaraf kualiti penjagaan kanak-kanak di peringkat tadika di negeri Perak.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tina Tajuddin berkata, program tersebut merupakan kesinambungan daripada pengenalan kursus Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang telah membuka banyak peluang kepada mereka yang berminat dalam bidang keusahawanan pendidikan.

Menurutnya, keunikan TIC Kids Campus ialah ia memberi peluang kepada usahawan muda untuk memiliki perniagaan sendiri di samping melaksanakan modul pendidikan tadika TIC yang telah diiktiraf di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Sebelum ini, kami telah menyahut cabaran daripada KPM untuk menawarkan silibus Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak kepada warga Perak, dan ramai telah mendaftar kerana jadual kami yang fleksibel, berprestij serta yuran berpatutan.

“Kini, kami mengorak selangkah lagi dengan mengalakkan pelajar kami sendiri terlibat dalam edu-preneur kerana sebenarnya bidang ini amat menguntungkan, menjana pendapatan secara konsisten dan paling penting, di bawah pemantauan TIC sendiri agar ianya berteraskan silibus yang telah ditetapkan, bagi memastikan kualiti pembelajaran terbaik untuk kanak-kanak,” katanya kepada Suara Perak ketika ditemui pada pelancaran kampus tadika di sini baru-baru ini.

Tambahnya, mereka akan bekerjasama dengan pelajar yang mempunyai minat dalam bidang keusahawanan dan berlatarbelakangkan Diploma Pendidikan Awal Kanak-kanak dari TIC.

Jelasnya, antara program yang ditawarkan adalah program tadika bagi umur 4-6 tahun, program transit (Homework Coaching) bagi 7 hingga 12 tahun atau program KAFA (Pengajian Islam) juga bagi 7 hingga 12 tahun.

“Kami menawarkan yuran yang cukup berpatutan dan buat masa ini mereka boleh memilih untuk menghantar anak-anak mereka samada ke Tadika Taman Emas di Jelapang, Tadika Iman Puteri di Station 18 dan Tadika Kristaria di Meru Raya.

“Antara subjek utama bagi kualiti akademik kelas pertama adalah seperti modul interaktif, seni pertahanan diri, Bahasa Inggeris, mendandan diri sendiri, kesihatan dan kraftangan,” katanya lagi.

Ibubapa yang berminat bolehlah menghubungi talian hotline di 05-526-2223 atau Ahmad (011-257 7722 atau Shahif (012-476 6943).


57 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page