top of page
muinsapidin

Pesawat Terhempas Di Butterworth, Juruterbang TUDM Maut Dan Tiga Parah

BUTTERWORTH: Sebuah pesawat jenis Beechcraft King Air 200T milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dilaporkan terhempas di Pengkalan Udara TUDM di sini pada 5:30 petang tadi. Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan TUDM, seorang juruterbang TUDM disahkan terkorban manakala tiga yang lain parah dalam nahas itu.

Kesemua yang cedera dibawa ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. "Keluarga anak kapal yang terlibat sedang dimaklumkan oleh pihak TUDM. "TUDM akan menubuhkan satu pasukan penyiasat bagi mengenal pasti punca kejadian," menurut kenyataan itu lagi.


46 views0 comments
bottom of page