top of page
muinsapidin

PPPNP Sasar Pendapatan RM331.45 Juta Tahun 2017

IPOH: Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) mensasarkan memperolehi pendapatan sebanyak RM331.45 juta sepanjang tahun 2017.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, hasil kelapa sawit masih lagi menjadi penyumbang utama kepada pendapatan perbadanan pertanian itu.

“Berdasarkan kepada itu, keuntungan bersih yang disasarkan sebanyak RM26.64 juta,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengarah PPPNP di sini pada Isnin.

Beliau memberitahu, mesyuarat hari ini memberi tumpuan kepada pembentangan bajet Kumpulan PPPNP bagi tahun 2017, termasuk perbelanjaan dan sasaran pendapatan.

Dr Zambry memaklumkan, hasil keseluruhan pendapatan Kumpulan PPPNP untuk tahun 2016 akan dimaklumkan kemudiaan kerana pihaknya masih belum menutup akaun yang memerlukan sedikit masa.


83 views0 comments
bottom of page