top of page
muinsapidin

Semua Kad Tambah Nilai Prabayar Telefon Bimbit Dikecualikan GST Mulai 2017 - PM Najib

PEKAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kerajaan mengambil keputusan untuk terus mengecualikan caj Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bagi pembelian kad tambah nilai prabayar telefon bimbit bermula tahun depan. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk bagi mengurangkan bebanan rakyat.

"Kerajaan akan terus mengecualikan caj GST bagi pembelian kad tambah nilai telefon, untuk tahun 2017. Ini diharap dapat meringankan beban seharian rakyat terutamanya golongan belia," katanya dalam sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke GiatMARA Pekan, di sini, hari ini. Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2016 mengumumkan pengguna warga Malaysia akan memperoleh kembali rebat bersamaan amaun GST dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka, mulai 1 Januari hingga 31 Disember tahun ini.


11 views0 comments
bottom of page