top of page
  • muinsapidin

Kaji Semula Semua Perundangan Sedia Ada Di Bawah KDN

TELUK INTAN: Kajian semula akan dilakukan terhadap semua perundangan sedia ada yang membabitkan undang-undang di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi memastikan ianya bersifat futuristik. Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ia dibuat bagi mengenalpasti undang-undang yang telah lapuk dan tidak sesuai digunakan, masa kini.

Beliau berkata, pindaan undang-undang itu perlu dikaji semula dan memastikan perundangan yang dipinda sesuai diguna pakai dalam tempoh 30 tahun akan datang. ``Lihat semua perundangan, bukan sahaja melibatkan PDRM tetapi perundangan yang melibatkan bidang-bidang tugas KDN untuk dikaji semula supaya bukan sahaja soal hukuman tetapi aspek-aspek yang tidak terkandung di dalam hukuman yang sedia ada dan harus dibuat berbentuk futusristik enakmen.

``Ertinya mesti disesuaikan untuk tempoh 30 tahun akan datang agar tidak perlu ada pindaan yang akan dibuat untuk tempoh itu selain mengulangkaji undang-undang lapuk yang sedia ada. ‘’ katanya.

Beliau berkata demikkian kepada pemberita selepas merasmikan Program Skim Subsidi dan Bantuan Saringan Kesihatan PDRM Seluruh Negara di Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak di Teluk Intan pada Sabtu.

Beliau mengulas hukuman RM100 yang dikenakan terhadap individu yang menandatangani surat saman dengan perkataan Babi baru-baru ini. Menurut Zahid, pada masa ini, pihaknya telah mengarahkan unit pendaftaran di bawah KDN dan Peguam Negara untuk berbincang dan mengkaji semua perundangan yang sedia ada. Beliau turut menjelaskan bahawa pihak polis tidak berpuas hati dengan perkataan itu kerana ianya merupakan satu penghinaan dengan apa yang dilakukan kepada pihak polis.

``Oleh kerana undang-undang itu ialah undang-undang yang lapuk yang sesuai pada ketika itu yang telah berpuluh tahun maka ada hikmah bila perkara ini berlaku. ``Saya amat bersetuju dengan Peguam Negara untuk mengkaji perundangan itu dan perundangan berkaitan dengannya supaya diadakan pindaan,’’ katanya Ahmad Zahid.


10 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page