top of page
  • muinsapidin

Viral Di Media Sosial, Polis Tahan Dua Beradik Terbabit 20 Kes Curi

IPOH: Berpandukan maklumat yang viral di media sosial, polis berjaya menahan dua beradik yang terbabit dalam sekurang-kurangnya 20 kes kecurian di sekitar bandar raya ini pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, kedua-dua suspek yang berumur 28 dan 29 tahun itu diberkas oleh sepasukan polis pada jam 11 pagi di rumah mereka di Kampung Pasir Puteh di sini.

Beliau berkata, mereka dipercayai bergerak aktif melakukan kegiatan curi sejak awal tahun ini.

“Suspek mencuri barangan seperti kasut, bateri kereta dan besi di kawasan taman-taman perumahan sekitar Pasir Puteh, Pasir Pinji dan Simpang Pulai dengan menaiki motosikal, terutama pada waktu siang ketika penghuni keluar bekerja,” katanya kepada pemberita di Pejabat Polis Daerah Ipoh pada Khamis.

Menurut Sum, ujian air kencing turut mendapati kedua-dua suspek positif heroin.

Beliau berkata, polis percaya suspek terbabit dalam sekurang-kurangnya 20 kes curi dan polis juga masih menjalankan siasatan bagi mengesan barangan yang dicuri mereka.

Katanya, dua beradik itu kini direman sehingga 23 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.


38 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page