top of page
  • muinsapidin

Pusat Pemindahan Banjir Padang Serai Ditutup

IPOH: Pusat pemindahan banjir di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kg Padang Serai, Beruas yang dibuka sejak 2 Disember lalu, ditutup sepenuhnya pada Khamis.

Pusat pemindahan itu ditutup kira-kira jam 3 petang selepas semua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Pusat pemindahan itu yang menempatkan mangsa daripada Kg Padang Serai adalah yang paling lama dibuka di negeri ini, iaitu lebih dua minggu.

Banjir di kampung itu lambat surut dikatakan kerana struktur tanah tepu yang menyebabkan kadar penyerapan perlahan serta kedudukan kawasan yang lebih rendah dari paras laut / sungai.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Daerah (JPBBD) Manjung, Mohd Fariz Mohamad Hanip mengesahkan mengenai penutupan itu.

Beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat bagi memastikan kelancaran pentadbiran dan keselesaan mangsa semasa berada di pusat pemindahan.

“Kerjasama dan keprihatinan tuan/puan disanjung tinggi dan semoga kerjasama ini dapat terus dikekalkan pada masa hadapan demi kemaslahatan rakyat di Daerah Manjung,” katanya.


18 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page