KUALA LUMPUR: Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) yakin dapat mencapai sasaran menarik empat juta pelancong dari China tahun depan. Presidennya, Datuk Hamzah Rahmat berkata ini boleh dicapai melalui penerbangan Shenzhen Airlines yang baharu ke Kuala Lumpur setiap hari (satu penerbangan setiap hari) yang bermula pada 9 Disember.
