top of page
  • muinsapidin

Perak Belanja Lebih RM7.5 Juta Bekal Air Percuma Kepada Keluarga Miskin

IPOH: Lembaga Air Perak (LAP) membelanjakan lebih RM7.5 juta sejak program subsidi bekalan air percuma kepada rakyat miskin di negeri ini sejak diperkenalkan pada Ogos 2008 hingga September 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur Tenaga Dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, di bawah program itu, LAP memberi subsidi air percuma sebanyak 20 meter padu kepada rakyat miskin yang layak.

Menurut beliau, bagi rumah ibadat pula, pihak LAP telah membelanjakan sebanyak RM445,810 dalam tempoh yang sama yang meliputi 1,967 buah masjid/surau dan rumah-rumah ibadat seperti kuil, tokong dan gereja.

”Bermula pada Januari 2016 pihak LAP juga telah memberikan subsidi air kepada 43 buah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak,” katanya dalam sesi Bual Bicara JASA D’FACEBOOK di sini.

Zainol berkata, di samping program LAP itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga melaksanakan program pengecualian bayaran bil elektrik bulanan sebanyak RM20 dan ke bawah untuk membantu meringatkan beban rakyat, terutamanya golongan rakyat yang berpendapatan rendah.

Menurut beliau, program itu hanya untuk pengguna kategori kediaman sahaja yang layak untuk menikmati rebat kerajaan RM20.

Beliau memberitahu, sejak tahun 2013 sehingga Jun 2016, pihak TNB telah memberikan rebat lebih RM54 juta di bawah program tersebut.


68 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page