IPOH: Dua pusat pemindahan sementara ditutup apabila keadaan banjir pulih di Kuala Kangsar dan Parit manakala satu lagi di Beruas masih dibuka.
Gambar Hiasan
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak memberitahu, pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Simpang 3, Parit yang dibuka jam 8 malam Sabtu ditutup pada 2 petang Ahad.
Pusat pemindahan di Dewan Orang Ramai Kg Setor, Kuala Kangsar yang dibuka jam 9 malam Sabtu pula ditutup pada 5 petang Ahad.
Bagaimanapun, pusat pemindahan di Sekolah Agama Rakyat Kg Padang Serai di Beruas yang dibuka sejak 2 Disember lalu, masih menempatkan 73 mangsa dari 17 keluarga apabila Kg Padang Serai masih digenangi air sedalam 0.2 meter.