top of page
muinsapidin

Empat Mangsa Bot Karam Diselamatkan

LUMUT: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Lumut berjaya menyelamatkan empat penumpang bot nelayan tempatan yang karam di perairan Perak pada petang Selasa. Pengarah Maritim Daerah Maritim 3, Kapten Zulinda Ramly berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden bot nelayan karam itu daripada Operasi Mencari dan Menyelamat ( MRCC) berpusat di Putrajaya sekitar pukul 12.30 tengahari.

Menurut beliau, bot nelayan yang membawa keempat-empat mangsa terdiri daripada dua warganegara tempatan serta dua lagi warganegara asing masing-masing dari Myanmar dan Indonesia itu dipercayai karam berikutan laut bergelora dan berombak tinggi. “ Setelah mendapat panggilan kecemasan, sebuah Kapal Maritim Perwira yang diketuai oleh Lt Kdr (M) Mazzukei Mohamad yang berada 25 batu nautika dari lokasi kejadian telah diarahkan untuk menjalankan operasi menyelamat. “Kesemua mangsa yang telah diselamatkan oleh sebuah kapal dagang bernama YM Inventine yang dalam perjalanan ke Chittagong, India kemudian telah dipindahkan ke KM Perwira pada pukul 2 petang, sebelum dibawa dengan bot Petir 80 milik APMM,”katanya dalam satu kenyataan media pada malam Selasa.

Katanya,kesemua mangsa sempat terjun ke laut untuk menyelamatkan diri sebelum bot karam.

Kesemua mangsa telah berlepas dari jeti Hutan Melintang pada 4 Disember dan telah berada di lautan selama 3 hari lepas. Zulinda berkata, bot berkenaan dipercayai karam berikutan keadaan laut bergelora dan fizikal bot yang uzur.


25 views0 comments
bottom of page