top of page
muinsapidin

Azwan Angkat Sumpah Sebagai Senator

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun adalah antara enam individu yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Senator di Dewan Negara pada Rabu.

Upacara dilakukan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S. A. Vigneswaran.

Khairul Azwan mengangkat lafaz sumpah ikrar pada Majlis Angkat Sumpah sebagai Anggota Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S. Vigneswaran di Bangunan Parlimen pada Rabu. Foto - BERNAMA

Turut mengangkat sumpah ialah Ketua Wanita UMNO Perhubungan Negeri Melaka, Datuk Rabiyah Ali; Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Hanafi Mamat; Ketua UMNO Bahagian Seputeh, Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff; Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Fahariyah Md Nordin dan Pengerusi Kluster Pendidikan Badan Perhubungan UMNO Johor, Rahemah Idris.

Pelantikan mereka bagi tempoh tiga tahun.

Dalam ucapan aluannya, Vigneswaran berharap mereka yang dilantik dapat menunjukkan perangai, perwatakan, keperibadian tinggi dan bersopan-santun semasa menyertai sesi persidangan Dewan Negara.

"Sekarang ini saya risau kerana terdapat segelintir Yang Berhormat yang tidak menghormati kemuliaan Parlimen dan melanggar peraturan mesyuarat serta perlembagaan negara.

"Saya memperingati diri saya dan menarik perhatian semua Yang Berhormat supaya memahami segala peruntukan yang termaktub dalam perlembagaan negara dan peraturan-peraturan mesyuarat (Dewan Negara)," katanya.


27 views0 comments
bottom of page