top of page
  • muinsapidin

Rohingya: MyPPP Mahu Myanmar Dibawa Ke Meja Rundingan

KUALA LUMPUR: Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) mahu kerajaan menggesa ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membawa Myanmar ke meja rundingan bagi menyelesaikan isu etnik Islam Rohingya di negara itu. Ia antara 10 resolusi yang diluluskan pada Perhimpunan Agung MyPPP ke-63 di sini pada Ahad.

Presiden Parti Progresif Penduduk (MyPPP) Tan Sri M. Kayveas berucap pada Perhimpunan Agung MyPPP di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Ahad. - Gambar fail

Isu berkenaan kini mendapat perhatian susulan laporan mengenai penindasan yang dihadapi masyarakat itu di Myanmar. Selain isu Rohingya, perhimpunan yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu turut meluluskan resolusi meminta kerajaan menyegerakan penggubalan undang-undang jenayah pedofilia serta mewujudkan mekanisme baharu kawal selia penyaluran dana asing untuk kepentingan politik. Turut diluluskan resolusi agar kerajaan mengehadkan penjualan hartanah kepada warga asing dan mengecualikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas semua jenis bahan pembelajaran.

Perwakilan turut mahu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meningkatkan kesedaran tentang ketulusan pengendalian pilihan raya di negara ini. -- Bernama


14 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page