PASIR SALAK: Penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Kampung Pengkalan Ara, dalam kawasan Dewan UIndangan Negeri (DUN) Sungai Manik mula membersihkan kediaman masing-masing selepas air surut pagi tadi.
Tinjauan Suara Perak mendapati, beberapa agensi kerajaan termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pasukan Ikatan Relawan Malaysia (RELA) turut bersama penduduk yang terjejas membersihkan kediaman dengan menggunakan jentera mengepam air bertakung keluar dari dalam rumah.
Bagaimanapun kesemua sembilan keluarga melibatkan 38 mangsa masih ditempatkan sementara di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara berikutan kerja-kerja pembersihan kediaman masih dijalankan.
Menurut seorang penduduk, Azwa Hamid, 51, beliau berharap pihak berwajib dapat mendalamkan parit dan menambak tinggi tebing di kawasan kediaman penduduk bagi mengelak berlakunya kejadian banjir kilat berulang lagi di masa hadapan.
"Macam inilah keadaannya kami terpaksa lalui bertahun-tahun rumah kami mudah dimasuki air setiap kali berlakunya banjir kilat kerana batas dan tebing di kawasan rumah kami terlalu rendah.
"Apa yang saya harapkan supaya kerajaan dapat membina rumah macam rumah di Sarawak panjang dan tinggipun tidak mengapa asalkan tidak dimasuki air,’’ katanya.
Seorang penduduk, Rumaziah Saad, 55, pula berkata, banjir kilat yang berlaku itu menyebabkan banyak barangan dan peralatan rumahnya rosak dan beliau berterima kasih atas bantuan APM kerana membantu membersihkan rumahnya.
"Kalau pihak APM dan RELA tidak turun membantu membersihkan rumah kami maka sudah tentulah banyak barang dan peralatan rumah kami rosak akibat ditenggelami air,’’ katanya.
Sementara itu, pegawai APM Daerah Hilir Perak, Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, seramai 10 anggota termasuk anggota RELA membantu dalam aktiviti pasca banjir hari ini.
"Aktiviti hari ini kita buat pasca banjir bersama anggota APM dan RELA Daerah Hilir Perak di mana kita cuba mengeluarkan air yang bertakung di dalam rumah penduduk, kita mengepam air keluar kerana kawasannya rendah.’’katanya.