top of page
muinsapidin

Tiga maut, jurukamera RTM cedera dalam insiden tembak di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Tiga individu maut dan dua cedera dalam satu kejadian menembak di lebuh raya di Pulau Pinang hari ini.

Dalam kejadian 7.15 petang tadi, mangsa dilaporkan ditembak dalam kereta di lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu.

Salah seorang maut dipercayai bergelar Datuk.

Sementara itu, dua tercedera termasuk seorang perempuan dan jurukamera sambilan RTM, Muhamad Amirul Amin yang sedang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian Pesta Pulau Pinang di Sungai Nibong.

Menurut rakan Muhamad Amirul, Muhammad Iskandar Osman yang merupakan seorang wartawan sambilan, mereka berhenti di lebuh raya tersebut selepas melihat seorang lelaki menghunus pistol ke arah seorang lelaki yang sedang terbaring di atas jalan raya. Muhamad Amirul berjalan ke arah salah seorang mangsa namun satu tembakan dilepaskan ke arahnya dan terkena bahagian dada beliau. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan kejadian tembakan tersebut.


20 views0 comments
bottom of page