top of page
muinsapidin

Wabak Malaria Kini Dikesan Di Kampung Bal, Kampung Badak

GERIK: Tiga kes terbaru wabak malaria di kesan di perkampungan Orang Asli, Pos Kemar, Gerik menjadikan jumlah keseluruhan wabak itu setakat ini kepada 93 kes.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon, dua kes terbaru dikesan di Kampung Bal dan satu kes di Kampung Badak.

Katanya, Kampung Bal dan Kampung Badak adalah kawasan terbaru dikesan wabak itu, menjadikan 10 kampung terbabit dengan wabak itu berbanding lapan kampung sebelum ini.

"Kampung Senangit kekal dengan mencatat jumlah tertinggi dengan 67 kes malaria," katanya pada kepada pemberita selepas melawat pesakit di Hospital Gerik pada Rabu.

Menurut Dr Mah, seramai 57 pesakit menerima rawatan di Hospital Gerik manakala 12 lagi di Hospital Kuala Kangsar, dua pesakit menerima rawatan di lapangan dan enam kes dalam proses keluar dari hospital.

Katanya, sebanyak 37 kes membabitkan kanak-kanak iaitu 17 lelaki dan 20 perempuan masih dirawat di Hospital Gerik.

"Mereka yang dijangkiti dan sedang dirawat di hospital adalah berusia antara lapan bulan hingga 60 tahun dengan majoriti remaja dan berusia 20-an,’’ katanya.


41 views0 comments
bottom of page