top of page
muinsapidin

5,732 Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2016

KUALA LUMPUR: Seramai 5,732 perwakilan menghadiri Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang bermula pada Selasa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Daripada jumlah itu, 993 adalah perwakilan Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita UMNO, 992 perwakilan Perhimpunan Agung Pemuda dan 991 perwakilan Perhimpunan Agung Puteri, manakala baki 2,762 adalah perwakilan Perhimpunan Agung UMNO.

Di samping itu, seramai 44 peserta daripada 12 buah parti politik dari 10 buah negara telah mengesahkan kehadiran mereka, antaranya Jamyat E-Islamy Party (Afghanistan), Cambodian People’s Party (Cambodia), Communist Party of China (China), Partai Nasdem (Indonesia), Wiper Democratic Movement (Kenya), Progressive Party of Maldives (Maldives) dan People Action Party (Singapura).

Perhimpunan turut dihadiri 78 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara di samping menyaksikan 240 mahasiswa university awam dan 60 mahasiswa universiti swasta terlibat atas nama Mahasiswa Nasional (PEMANAS).

Seramai 52 mahasiswa akan terlibat sebagai sukarelawan daripada kumpulan Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP).

Perhimpunan dimulakan dengan Majlis Taklimat Presiden yang diadakan secara tertutup di Dewan Merdeka PWTC kira-kira jam 2 petang Selasa.

Pada sebelah malamnya pula Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyempurnakan perasmian serentak Perhimpunan Agung Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO juga di Dewan Merdeka.

Sebanyak tiga usul akan dibahasakan sepanjang perhimpunan iaitu Ucapan Dasar Presiden, Ekonomi dan Agama & Pendidikan.


20 views0 comments
bottom of page