top of page
muinsapidin

7,000 Pelajar Miskin Terima Sumbangan ‘Bantu Kami Ke Sekolah’

Seramai 7,000 pelajar sekolah dari seluruh negeri Perak menerima bantuan kelengkapan persekolahan dalam program 'Back To School 2017'- Bantu Kami Ke Sekolah.

Program anjuran Yayasan Bina Upaya (YBU) dan BAIDURI dengan kerjasama KPerak Incorporation serta Yayasan Perak ini tidak pernah gagal melaksanakan tanggungjawab itu sejak diperkenalkan pada tahun 2014.

Pengagihan sumbangan itu dilakukan berperingkat-peringkat mengikut DUN bermula dengan DUN Sungai Manik pada 14 November dan dijangka berakhir pertengahan Disember.

Menurut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir, usaha berterusan yang dilakukan oleh kerajaan negeri ini adalah untuk memastikan kelangsungan persekokahan anak- anak dari keluarga kurang berkemampuan.

"Kita menyedari bebanan ibu bapa yang mempunyai bilangan anak ramai, di samping keadaan ekonomi kebelakangan ini.

Tambahan lagi apabila sesi persekolahan bermula, rezeki yang ada kita akan sampaikan kepada semua anak-anak yang terlibat," katanya.

Dr. Zambry berkata demikian semasa berucap di Majlis Perasmian Program Back To School Perak 2017 - Bantu Kami Ke Sekolah di Dewan Marina Island,Teluk Batik, Lumut pada Ahad.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains Alam Sekitar dan Teknologi Hijau merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk program Back To School,Datuk Dr.Muhammad Amin Zakaria dan Yang DiPertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Dalam majlis ini seramai 560 orang pelajar menerima bantuan persekolahan yang meliputi DUN Pasir Panjang dan Sitiawan.

Seperti kebiasaan para pelajar yang terpilih menerima kelengkapan persekolahan berupa pakaian sekolah, sepasang kasut dan stokin,beg sekolah, alat tulis dan botol minuman.

Sementara itu, Dr. Muhammad Amin berkaa pelbagai pihak terlibat dalam menjayakan program ini termasuk usaha menyampaikan bantuan persekolahan menerusi konsep Jelajah DUN.

"Pengagihan pertama telah pun bermula di DUN Sungai Manik pada 14 November lalu dan sehingga ke hari ini sebanyak 51 DUN menerima bantuan persekolahan.

"Jumlah keseluruhan sehingga 27 November lalu seramai 6,110 penerima dan program ini dijangka berakhir pada pertengahan bulan Disember," ujarnya.


70 views0 comments
bottom of page