top of page
muinsapidin

Sukan Tomoi Mampu Jadi Wadah Penyatuan Belia

TAIPING: Kerajaan negeri melihat perkembangan sukan tomoi di negeri ini sebagai sesuatu yang amat positif dan mampu menjadi platform penyatuan belia.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia, Aznel Ibrahim berkata, sukan itu kini semakin diminati ramai generasi muda di negeri Perak.

"Perkembangan sukan ini secara tidak langsung menggalakkan mereka mengamalkan gaya hidup sihat serta bercampur di kalangan untuk melakukan aktiviti yang berfaedah seperti berlatih dan sebagainya," katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Tomoi Anak Kampung bagi merebut Tali Pinggang Menteri Besar Perak di sini pada Jumaat malam.

Aznel berharap, dengan perkembangan itu, Perak akan melahirkan lebih ramai jaguh tomoi menjelang temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2018 akan datang.

"Perak mempunyai bakat tomoi yang hebat dan diharapkan ianya dapat membantu kontinjen negeri dalam SUKMA 2018, sekiranya sukan itu dipertandingkan," ujar beliau.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Hulu memuji usaha persatuan Tomoi GSC kerana berjaya menganjurkan pertandingan berkenaan yang disaksikan lebih 1,000 penduduk sekitar Taiping.

Aznel turut mencadangkan agar kejohanan tomoi itu dijadikan sebagai acara tahunan.

Dalam kejohanan tersebut, Pam Ngo dari Thailand berjaya membawa pulang Tali Pinggang Menteri Besar Perak apabila menewaskan Khuntab Iskandar.


23 views0 comments
bottom of page