top of page
muinsapidin

Fit Perak Bawa Keceriaan Pada Bukit Gantang

BUKIT GANTANG: Fit Perak 2016 bersempena Pemukiman Parlimen Taiping dan Bukit Gantang berjaya menarik lebih 3,000 pengunjung daripada pelbagai peringkat umur.

Program yang berlangsung meriah di Dataran Bukit Gantang pada Sabtu itu telah digamatkan dengan pelbagai program bersukan seawal jam 7.30 pagi.

Ia juga merupakan acara kemuncak serta penutup tirai bagi program pemukiman yang berlangsung selama lima hari bermula 22 November.

Antara yang menarik adalah aktiviti mengayuh basikal sejauah 11.5 kilometer yang turut diserta Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir , exco-exco serta pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, barisan exco dan beberapa wakil rakyat serta pengarah agensi kerajaan negeri.

Menyerikan lagi Fit Perak adalah acara larian sejauh 5 km dan senam arobik disertai ribuan pengunjung.

Fit Perak 2016 adalah antara program utama dalam Permukiman YAB Menteri Besar ke Parlimen Bukit Gantang dan Taiping yang melibatkan 95 program to bermula sejak Selasa hingga hari ini (Sabtu).


60 views0 comments
bottom of page