top of page
muinsapidin

Kerajaan Punya Cara Berbeza Selesai Masalah Rakyat

TAIPING: Kerajaan negeri memilih menggunakan pendekatan yang mempunyai sifat keinsanan dalam usahanya menyelami, memahami dan menyelesaikan permasalahan rakyat. Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pendekatan ini amat berbeza dengan cara pemimpin pembangkang yang hanya pandai bertempik menuding jari untuk menyelesaikannya.

Katanya pembangkang lebih gemar mencari kelemahan kerajaan semata-mata, tanpa menghiraukan masalah sebenar rakyat.

Kata beliau, satu-satunya cara terbaik untuk memahami suara rakyat adalah mengenalpasti masalah sebenar di peringkat akar umbi yang mana ia boleh dicapai melalui program permukiman di setiap daerah secara berperingkat-peringkat. Dr Zambry berkata Permukiman Menteri Besar di Taiping dan Bukit Gantang yang sedang berjalan selama lima hari sehingga Sabtu misalnya mendapati ‎permasalah geran tanah yang berlarutan selama 40 tahun merupakan antara isu utama di Taiping. Beliau turut mendapati Taiping memerlukan banyak penambahbaikan bagi memelihara ‎nilai warisan bandar itu. "Bila kita sedar mengenai masalah yang belum selesai, kita turun padang dan kita selesaikan, itulah cara pendekatan yang tepat dan inilah yang dilaksanakan oleh Barisan Nasional melalui kerajaan negeri Perak hari ini," katanya kepada pemberita. Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Borang 5A dan Penyerahan Rumah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sempena Permukiman Taiping dan Bukit Gantang di Dewan Utama Zoo Taiping dan Night Safari pada Rabu. Menurut Dr Zambry, sikap pembangkang yang gemar melontarkan tuduhan tidak berasas, malah gagal membawa dirinya sebagai eorang wakil rakyat bertanggungjawab semasa persidangan Dewan Undangan Negeri yang baru selesai Isnin lalu adalah tidak professional.

Kata beliau malah sikap yang ditonjolkan jelas bersifat untuk kepentingan sendiri. "Sekadar bercakap memang tak ada masalah, malah saya pun boleh berpidato sekiranya saya mahu…tapi apa gunanya berpidato berapi-api, jika ianya tidak menjurus kepada matlamat,” kata beliau. Dalam majlis itu, seramai 12 penduduk dari RPT Aulong dan 50 dari RKT Aulong Maju, Batu 4 menerima Borang 5A di samping 24 penerima rumah SPNB.


26 views0 comments
bottom of page