top of page
muinsapidin

Permukiman Pemimpin Bersama Rakyat Bukan Bermusim – Dr Zambry

TAIPING: Program pemimpin berkampung bersama rakyat yang dipelopori kerajaan negeri Perak bukan merupakan aktiviti bermusim.‎ Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, ‎sebaliknya berkata insiatif pemimpin dan kerajaan turun berjumpa rakyat merupakan satu gerak kerja yang dilaksanakan sepanjang tahun.

Katanya pendekatan pemimpin bersama rakyat sentiasa diberi pembaharuan supaya ia benar-benar berkesan dan Program Permukim Menteri Besar yang sudah memasuki siri keempat merupakan salah satu ‎usaha kerajaan ke arah itu.

"Kita konsisten...sejak Pilihan Raya Umum (PRU) lalu sehingga sekarang kita adakan program ini bagi menyelami denyut nadi rakyat negeri ini. "Malah, sebelum ini ia hanya diadakan selama dua hari tapi kita merasakannya tidak mencukupi dan rakyat juga merasakan begitu…jadi kita adakan lebih panjang selama lima hari di setiap daerah," katanya ketika berucap dalam Majlis Sumbangan Kerajaan Negeri Perak di Kompleks Rakan Muda Kamunting pada Rabu. Dr Zambry memberitahu, program pemukiman itu juga diadakan tanpa protokol yang ketat. "Saya tidak pentingkan protokol...siapa-siapa juga boleh berjumpa, bersembang bukan sahaja dengan saya malah dengan exco-exco lain juga. "Itu lah pendekatan kita dalam konsep kerajaan negeri turun padang memahami dan menyelesaikan masalah rakyat," ujarnya. Dalam majlis itu seramai 609 individu telah menerima pelbagai sumbangan yang disampaikan sendiri oleh Dr Zambry. Antara sumbangnya adalah Kotak Makanan YBU, pakaian sekolah Back to school, derma siswa Yayasan Perak, Tabung pendidikan Amanjaya dan Skim Biasiswa Kecil Yayasan Perak. Program tersebut merupakan salah satu daripada 95 program yang disusun sempena Program Pemukiman Menteri Besar Perak di Parlimen Bukit Gantang & Taiping.


64 views0 comments
bottom of page