top of page
muinsapidin

Perak Lulus Enakmen Lambang, Gelaran Dan Anugerah Bagi Mengekang Pemalsuan

Dewan Negeri Perak meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 2016 susulan kes salah guna dan pemalsuan yang dilaporkan tinggi sejak 10 tahun kebelakangan ini.

Rang undang-undang itu telah diluluskan ketika Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat DUN ke-13 Perak pada Isnin bagi memansuhkan enekmen sedia ada iaitu Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Penggunaan Yang Tidak Betul) 1966.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid ketika mengusulkan enakmen itu berkata RUU tersebut penting bagi memastikan institusi Diraja Perak dapat dipelihara dan terus dimartabatkan.

Pengubalan itu juga bertujuan mengekang daripada kes salah guna dan pemalsuan lambang bagi kepentingan peribadi atau syarikat oleh pihak tidak bertanggungjawab.

RUU itu diluluskan dengan beberapa pindaan selepas dibahaskan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari kedua-dua belah pihak selama hampir dua jam.

Antara ADUN yang membahaskan enakmen itu ialah ADUN Bukit Chandan, Maslin Sham Razman, ADUN Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin, ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham dan ADUN Pasir Berdamar, R.Terence Naidu.


59 views0 comments
bottom of page