top of page
muinsapidin

Banjir Kilat, Penduduk Kampung Suda Alami Kerugian Harta Benda

GERIK: Kejadian banjir kilat yang melanda 12 buah kampong di sini telah menyebabkan penduduk mengalami kerugian mencecah puluhaan ribu ringgit apabila harta benda mereka rosak ditenggelami air.

Fauziah Sulaiman, 56, dari Kampung Air Suda, mengganggarkan beliau mengalami kerugiannya sebanyak RM20,000 kerana banyak perabot dan peralatan rumahnya tidak sempat diselamatkan rosak.

Katanya beliau dan keluarga sedang nyenyak tidur dan hanya menyedari mengenai kejadian tersebut apabila terdengar suara jirannya sekitar 3 pagi.

“ Sebaik sahaja sedar dari tidur, air dah mencecah paras lutut dan ketika saya pergi ke ruang tamu dan dapur, semua perabot dan peralatan rumah seperti televisyen, peti ais dan mesin basuh sedang terapung.

“ Pada waktu itu memang agak kelam-kabut, kerana air cepat naik. Selang beberap minit air dah berada di paras pinggang. Mujurlah tiada yang cedera di rumah saya, walaupun kerugian ini amatlah besar,”katanya kepada Suara Perak ketika ditemui membersihkan sekitar kawasan rumahnya.

Sementara itu, Tan Lee Hoon, 55 ketika ditemui sedang menyusun ratusan gambar-gambar lama di bahagian kaki lima kediamannya untuk mengeringkannya.

Katanya, paras air naik naik begitu cepat setelah walaupun hujan lebat lebih kurang dua jam sahaja.

“ Air dah cecah tingkap, semua perabot antik peninggalan emak dan ayah turut rosak, begitu juga dengan set pembesar suara dan lain-lain.

“ Paling saya sedih ialah alat musik kesayangan saya dan anak-anak, iaitu piano organ yang mencecah nilai RM12,000,”katanya lagi.

Sutiyam Tukijan, 58, yang turut mengalami kerugian menanggap kesemua yang terjadi adalah ujian daripada Allah dan sebagai manusia dia redha.

“ Allah tak akan beri ujian yang tidak dapat diselesaikan oleh umatnya, dan saya yakin ada hikmah di sebalik ujian ini, jiran-jiran semua tolong-menolong mengemaskan barang-barang dan mengeluarkan air dari rumah.

Beliau juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pasukan Rela cawangan Gerik yang bertindak pantas membina satu saluran air dari rumahnya ke longkang bagi mengalirkan air yang bertakung.

“ Kita nampak insan-insan berhati mulia datang membantu, di sebalik musibah ini kita dapat lebih menghargai jiran-jiran tetangga dan mereka yang membantu meringankan beban kami,”ujar beliau.


23 views0 comments
bottom of page