top of page
  • muinsapidin

95 Program Permukiman MB di Bukit Gantang, Taiping

IPOH: Sebanyak 95 program telah disusun sepanjang Program Permukiman Menteri Besar di Parlimen Bukit Gantang dan Taiping yang bermula Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, program permukiman itu juga turut menyaksikan beberapa perubahan daripada tiga program terdahulu.

Menurut beliau, jika pada tiga permukiman terdahulu menyaksikan lebih 100 program tetapi kali ini hanya 95 sahaja di samping memberi tumpuan kepada tujuh teras utama.

“Tujuh teras ini untuk membolehkan Menteri Besar dan 10 exco memberi fokus kepada teras berkenaan.

“Kita kurangkan program kerana kalau padat, Menteri Besar tidak dapat meluangkan lebih banyak masa pada satu-satu program,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

Saarani berkata, tujuh teras permukiman itu ialah kesejahteraan rakyat; kelestarian alam sekitar dan sumber alam; keselamatan; pendidikan, modal insan dan ICT; ekonomi dan pelancongan & kebudayaan; agama dan intergrasi serta sukan dan belia.

Beliau menambah, jika dahulu program permukiman dimulakan dengan mesyuarat jawatankuasa tindakan daerah tetapi kali ini hanya akan diadakan taklimat pembangunan daerah yang diadakan sebelum mesyuarat Exco pada Selasa malam.

Dari segi pecahan, beliau memberitahu, sebanyak 18 program akan diadakan di DUN Kamunting, 15 di Pokok Assam, lima di Aulong, 15 di Kuala Sepetang, 22 di Trong dan 20 di Changkat Jering.

Katanya, daripada jumlah itu, 15 program melibatkan Menteri Besar, 73 oleh exco yang berkenaan dan tujuh program BAIDURI.


61 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page