Kerajaan negeri menyasarkan sejumlah RM2.4 bilion aliran tunai akan masuk ke Perak tahun depan sempena Tahun Melawat Perak 2017.
Oleh pelancong dalam dan luar negara di seluruh Perak sempena Tahun Melawat Perak 2017 (TMP2017).
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata, jumlah itu akan dibelanjakan lebih 8 juta pelancong dalam dan luar negara yang dijangka melawat negeri ini sepanjang tahun hadapan. "Pihak pelancongan telah mensasarkan peningkatan 10 peratus di kalangan pelancong antarabangsa dan 20 peratus peningkatan daripada pelancong domestik. "Secara dasarnya lebih 8 juta akan melawat dan mengikut perkiraaan kita setiap pelancong akan belanja sebanyak RM300 dan secara dasarnya kita boleh katakan RM2.4b akan dibawa dan dibelanjakan seluruh Perak pada tahun hadapan," katanya. Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dari Teh Kok Lim (DAP - Pokok Asam) yang bertanyakan bagaimana TPM2017 akan membantu rakyat tempatan khususnya peniaga kecil. Dalam pada itu, Nolee turut memberitahu sebanyak 72 acara menarik telah dirancang sepanjang tahun hadapan bermula Januari hingga Disember 2017 bagi memeriahkan TMP. "Kita telah promosikan TMP ini sejak tahun lalu lagi dan tahun ini juga sepnjang tahun pelbagai acara atau promosi telah kita adakan tidak kira dalam atau luar negeri. "Untuk tahun hadapan pula 72 acara akan kita anjurkan seperti Ipoh International Run, Festival Puisi, Pesta Songkran dan pelbagai lagi bagi menarik lebih ramai pelancong," jelas beliau.