top of page

Penangkapan Baju Kuning Dan Merah: Jangan Salahkan Polis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak seharusnya dipersalahkan kerana menahan Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah dan beberapa lagi pemimpin pembangkang kerana disyaki terlibat dengan penganjuran demonstrasi Bersih 5 pada Jumaat malam.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata PDRM hanya menjalankan tanggungjawab mereka dan mengambil tindakan yang diperlukan demi menjamin keamanan dan keselamatan negara ini.

“Ianya tanggungjawab PDRM, mereka mempunyai tanggungjawab menjamin keselamatan negara dan sistem perundangan telah memberi hak kepada mereka untuk mengambil tindakan untuk pastikan negara aman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Penyampaian Sumbangan RM1 juta untuk tabung pembinaan Kuil Sri Trisula Mariman di Kuala Kangsar pada Sabtu.

Menurut beliau, selain mereka yang terlibat dengan Bersih 5, PDRM turut telah menangkap beberapa indiviu dari kumpulan baju merah.

Justeru itu beliau memberitahu tidak timbul isu layanan tidak adil diberikan oleh PDRM terhadap kedua-dua kumpulan tersebut.

“Saya tidak mahu menyoal tindakan mereka tapi saya cuma berithau polis telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan adil dan baik,” jelasnya.

Pada Sabtu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Sing berkata polis telah menangkap 13 individu berikutan Perhimpunan 5.0 yang diadakan di Ibu Kota hari ini.

Beliau berkata tangkapan ke atas semua individu itu adalah bertujuan untuk mencegah berlakunya rusuhan, mengugat keamanaan dan ketenteraman awam.

Tambah beliau, antara individu yang ditahan adalah Ronnie Liu, Mandeep Singh, Muhammad Luqman Nul Hakim Zul Razali, S Arutchelvan, Wong Che Wai@Jimmy Wong, Lee Khai Meng, Anis Syafiqah Md Yusof, Hairol Nizam Md Nor, Razali Zakaria, Muhamad Safwan Anang dan Anthony Loke Siew Fook.

"Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147/511 Kanun Keseksaan," katanya.


16 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page