top of page
  • muinsapidin

Lebih Ramai Kumpulan Merah, Bersih 5 Akan Ditangkap

BAGAN DATOH: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan lebih ramai ahli kumpulan serta penyokong baju merah dan bersih 5 akan ditangkap.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata polis sudah pun mengenal pasti individu terlibat tetapi tidak akan mendedahkan nama-nama mereka kepada media.

Katanya, tindakan undang-undang terhadap ahli dan penyokong kedua-dua kumpulan itu menunjukkan kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggangu gugat keamanan negara.

Menurut beliau penangkapan pemimpin-pemimpin berkenaan juga merupakan satu signal daripada pihak polis bahawa undang-undang perlu dipatuhi walaupun sekiranya perhimpunan diteruskan.

“Isu tidak berlaku adil seperti yang didakwa tidak timbul kerana tindakan diambil terhadap kedua-dua pihak.

“Tidak timbul juga isu penyalahgunaan kuasa kerana pemimpin-pemimpin," katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di Kampung Simpang Tiga, Rungkup dekat sini pagi tadi.

Terdahulu, zahid telah meninjau suasana banjir yang melanda beberapa buah rumah penduduk Kampung Simpang Tiga, Rungkup kecil selain menyumbang bantuan peribadi beliau kepada mereka.


14 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page