top of page
  • muinsapidin

Swasta Dijemput Suntik Dana Untuk SUKMA 2018

IPOH: Pihak swasta diajak menjadi rakan kongsi strategik kerajaan negeri menjelang Sukan Malaysia (Sukma) 2018 yang akan diadakan di Perak.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahaya berkata, melalui hubungan itu, pihak swasta boleh menyumbang dana kepada mana-mana 24 jenis sukan yang akan dipertandingkan pada temasya itu.

Beliau menjelaskan, kerajaan negeri tidak mampu bersaing dengan negeri-negeri lain yang memperuntukkan bajet yang tinggi dalam pembangunan sukan sebagai persediaan untuk SUKMA 2018.

"Jadi, kita ingin mengajak pihak swasta menjadi rakan kongsi strategik kita, tokoh-tokoh koporat yang berminat dalam sukan-sukan tertentu mohon tampil dan boleh membuat sumbangan melalui Majlis Sukan Negeri (MSN)," katanya ketika menggulung bajet 2017 Perak dalam Sidang DUN pada Jumaat.

Tambah Shahrul Zaman, kerajaan negeri juga bersedia untuk mengaturkan pengecualian cukai kepada mana-mana pihak yang membuat sumbangan tersebut.

"Kita percaya melalui perhubungan ini, ianya secara tidak langsung boleh melonjakkan lagi peluang kita untuk menjuarai temasya itu, yang akan diadakan dalam masa dua tahun lagi.

"Kalau ada pihak-pihak berminat, kita boleh aturkan pengecualian cukai untuk sumbangan mereka terhadap persatuan-persatan sukan pilihan mereka," jelas beliau.


55 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page