top of page
muinsapidin

Royalti Pasir MB Inc Kepada Kerajaan Negeri Berjumlah RM33 Juta

IPOH: Perbadanan Menteri Besar (MB Inc.) telah menyumbang royalti hampir empat kali ganda hasil kepada kerajaan negeri berikutan keuntungan daripada aktiviti pengurusan pasir.

‎Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perngangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu, Datuk Dr Mah Hang Soon, berkata

MB Inc setakat ini telah menyumbang RM33 juta dalam bentuk‎ pembayaran royalti sejak operasi pengurusan pasir dimulakan pada hujung 2014.

Menurutnya jumlah royalti itu melonjak empat kali ganda daripada hanya RM6 juta tahun lepas.

"Peningkatan royalti pasir ini mencerminkan kejayaan MB Inc mengurangkan kes ketirisan dan keberkesanan sistem pengurusan pasir di negeri Perak," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh pada Jumaat. Hadir sama Pegawai Eksekutif MB Inc. Datuk Aminuddin Hashim. Beliau berkata, sistem pengurusan pasir yang dikendalikan MB Inc. juga mendapat pengiktirafan Ketua Audit Negara dan sistem pengurusannya dicontohi negeri lain khususnya cara pengendalian pasir, ketirisan pasir dan penilaian pasir.

Katanya, sistem pengurusan pasir ini membabitkan penggunaan jabatan timbang dan penggunaan permit pemindahan pasir dan cara pemantauan menggunakan teknologi baharu seperti dron. "Beberapa negeri seperti Selangor dan Pahang telah menunjuk minat untuk mempelajari sistem pengurusan pasir yang dilaksanakan MB Inc.’’ ujarnya. Sementara itu Datuk Aminuddin berkata, tuduhan yang mengatakan bahawa MB Inc. tidak menyumbang kepada kerajaan negeri sebenarnya tidak berasas. Menurutnya, MB Inc yang diaktifkan semula pada tahun 2012 telah banyak menyumbang pulangan kepada kerajaan negeri. "Tujuan utama pengaktifan semula MB Inc adalah untuk mengurus semula sumber mineral di negeri Perak di mana perlu ada satu sistem yang lebih baik tentang cara pengurusan pasir,’’ katanya. Aminuddin berkata, pada tahun 2013 MB Inc telah mengeluarkan pelan induk mineral dan perlombongan bagi mengawal semua sumber mineral yang terdapat di negeri Perak. Menurut beliau, kejayaan menguruskan ketirisan pasir dengan baik membolehkan MB Inc menyumbang royalti yang tinggi kepada kerajaan negeri.‎

"Kita yakin jumlah royalti akan meningkat lagi di masa akan datang," katanya.


47 views0 comments
bottom of page