top of page
muinsapidin

Promosi Bersih 5 Di Ipoh Hambar

IPOH: Tindakan pembangkang untuk mempromosi perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan esok gagal mendapat sokongan orang ramai apabila tiada sambutan diberikan terhadap ucapan terbukanya di perkarangan Medan Dato Sagor, di sini petang Jumaat.

Sesi promosi mereka hambar apabila tiada penyertaan orang awam kelihatan kecuali kehadiran wakil rakyat pembangkang seperti ADUN Pasir Pinji Howard Lee, ADUN Simpang Pulai, Tan Kar Hing, ADUN Teja, Chang Lih Kang dan ADUN Kuala Sepetang, Chua Yee Ling serta ADUN Bercham, Cheong Chee Khing.

Promosi yang berlangsung selama setengah jam diadakan di hadapan gerai makan Dato Sagor berhadapan masjid negeri, Masjid Sultan Idris Shah II sekitar 2 petang sejurus selepas solat Jumaat.

Turut hadir Pengerusi Biro Guaman Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak, Khairul Anuar Musa.

Dengan menggunakan pembesar suara, ahli pembangkang itu membuat ceramah pendek mengenai kekejaman kepimpinan negara di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dikatakan menindas rakyat dengan isu 1MDB.

Turut dimainkan adalah isu kenaikan harga barang yang dikatan punca penderitaan rakyat.


88 views0 comments
bottom of page