top of page
  • muinsapidin

Kerajaan Perak Beri Komitmen Tinggi Perkasakan Pendidikan Islam

‎ IPOH: Kerajaan negeri sentiasa memberikan komitmen yang tinggi dalam memperkasakan pendidikan Islam di Perak. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Drs Nizar Zakaria, menerusi komitmen ini, peruntukan sebanyak RM18.5 juta telah diberikan kepada sekolah-sekolah mulai 2010 hingga 2015 untuk aktiviti dan keperluan yang melibatkan urusan pendidikan.

"Bagi mengawal kualiti pendidikan sekolah - sekolah agama rakyat di negeri ini, antara langkah yang diambil ialah menyelaraskan perjalanan pemeriksaan ujian penilaian kelas KAFA bagi murid tahun enam sekolah rendah agama rakyat," katanya.

Beliau menjawab soalan Tan Kar Hing (DAP-Simpang Pulai ) pada sidang Dewan Negeri Perak di Ipoh pada Jumaat. Selain itu katanya, Unit Bahagian Pendidikan diwujudkan bagi menyiasat tahap keberkesanan pendidikan di sekolah agama rakyat supaya selaras dengan Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Perak 1996. Menjawab soalan tambahan dari wakil yang sama, katanya kerajaan negeri memang mengesyorkan kepada semua Jawatankuasa masjid supaya menyediakan kemudahan perpustakaan bagi membolehkan orang ramai khususnya mereka yang beragama Islam mendapat ilmu tambahan setiap kali berkunjung ke masjid. Kepada soalan tambahan Datuk Siti Salmah Mat Jusak (BN-Lubuk Merbau) mengenai pencapaian yang dicapai setakat ini, katanya, dari segi kurikulum dan ko kurikulum Perak menduduki tempat terbaik diperingkat Kebangsaan dengan mendapat 8A Penilaian Kelas KAFA tahun 2015. "Yang terbaharu, kerajaan negeri Perak mengucapkan tahniah kepada Sekolah Raja Perempuan Takyah kerana menduduki tempat pertama dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2015 dengan GPS 2.42 bagi kategori sekolah agama seluruh Malaysia manakala Sekolah Izuddin menduduki tempat keempat," katanya


64 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page