top of page
muinsapidin

Dr Zambry Cabar Nga Kemuka Bukti Penyelewengan Dalam MB Inc

IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mencabar ADUN Kepayang, Nga Kor Ming mengemukakan bukti sekiranya benar berlaku penyelewengan di dalam Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak.

Dr Zambry memberi jaminan, jika benar terdapat bukti penyelewengan, beliau bersedia mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Jika benar berlaku penyelewengan, buktikan dan tunjukkan, saya sendiri akan ambil tindakan terhadap perkara itu,” katanya semasa sidang media sempena Sidang DUN pada Jumaat.

Beliau membuat cabaran itu kerana kecewa selepas Pengerusi DAP Perak it terus membuat pelbagai tuduhan terhadap MB Inc, walaupun telah dijelaskan beberapa kali oleh kerajaan.

Dr Zambry berkata, tuduhan terhadap MB Inc adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab, yang menggambarkan seolah-olah kerajaan negeri cuba menutup sesuatu dan menyembunyikan audit.

“Beliau sengaja mengambarkan Perak ini teruk, berlaku penyelewengan dan rasuah… it’s too much…saya sendiri pun tak tahu apa sebenarnya yang dia mahu,” ujarnya.

Beliau mengulangi penjelasannya bahawa MB Inc yang ditubuhan sejak tiga tahun lalu hanya menerima suntikan modal RM500,000 dan mampu membuat bayaran balik dalam tempoh setahun.

Di samping itu, katanya, MB Inc juga telah membantu kerajaan negeri melakukan pelbagai penambahbaikan di dalam beberapa sektor, seperti pengurusan pasir, yang memperolehi royalti besar dalam beberapa tahun ini.

Menurut Dr Zambry, kerajaan negeri tiada halangan untuk membentangkan laporan audit, tetapi adakah pembentangan itu akan menyelesaikan masalah dan mengentikan serangan terhadap perbadanan itu.

Dalam pada itu, Menteri Besar melahirkan rasa hairan bagaimana Nga yang juga seorang peguam, terus mempertikaikan penubuhan syarikat usahasama antara MB Inc dan sebuah syarikat lain, dengan modal RM2.

Jelasnya, perkara itu adalah biasa kerana ia merupakan syarikat usahasama yang ditubuhkan sebagai platform untuk menentukan pembahagian ekuiti.

“Tetapi kalau dua-dua syarikat induk yang bekerjasama adalah syarikat dua ringgit, itu barulah bermasalah,” kata beliau sambil memberitahu, syarikat yang bekerjasama dengan MB Inc adalah syarikat tersenarai di bursa saham.


47 views0 comments
bottom of page